Salam untuk semua hambaNya. Kali ni dgn sedikit kesempatan yg Allah berikan ini, aku nak lari dari rutin posting, asyik mtb & kayuh aja, aku nak bagi input dakwah dlm blog ni, walaupun aku bukanlah seorg ustaz yg bertauliah, tapi sbg hambaNya, kita ada tanggungjawab yakni berpesan-pesan sesama saudara, kerana kehidupan di dunia selalunya membuatkan kita lalai & alpa. Dakwah merupakan satu element yg besar, so byk cara utk kita berdakwah. So dgn ilmu & ruang litup yg tak seberapa ini, aku perlu menyumbangkan sesuatu utk kalian semua. Yang baik itu datangnya dari Allah SWT, yg buruk itu ihsan dari diriku yg tak sempurna. Cukuplah kalau kawan2 diluar sana sama2 berdakwah dgn linkkan blog ni dgn blog masing2.
Aku beli album Opick (penyanyi dakwah terkenal di Indonesia) Di Bawah Langit Mu ni selepas pulang dari mengikuti kursus ESQ di Maju Junction awal tahun ni. Anak saudara aku tunjuk foto dia sbg alumni ESQ, Erra Fazira & Azizah Mahzan (pelakon) juga dah menyertai ESQ ni. Alhamdulillah... (www.esq.com.my). Dalam Astro Aosis juga ada slot Dr. Ari Ginanjar Agustian, pengasas ESQ dari Indonesia. Pendaki kebanggaan Malaysia juga mendapat kekuatan mental, spiritual & fizikal dari ESQ Indonesia (Menara 165, Jakarta). So bila aku singgah kat Semua House, aku terjumpala album terbaru dari Opick ni, dgn kesucian hati, aku beli ori lagi....
Status album ni.. perrrgghhhhh... aku bagi 9.5/10 bro, mmg sedap melodi dan suara Opick, termasuk susunan muzik lagu2 beliau, album yg ada soul, ada jiwa, yg masuk melalui telinga, lekat di hati, terpahat di otak, terkata di bibir, terindah di sukma.
Antara lagu2 yg indah bangat ialah 1)Di Bawah LangitMu 2) Maha Melihat feat. Amanda 3) Allah Maha Cahaya (lagu fav aku) 4) DenganMu Aku Hidup 5) Shalawat Badar (my sons Haziq & Hadif suka) and the rest. So kat sini aku nak fokuskan kat lagu favorite aku la....
Allah Maha Cahaya
Jauh melangkah meniti waktu berlalu
Jauh berjalan berjuta warna kehidupan
Tanpa sedari dalam cermin wajah ini
Bertambah umurku dalam hidup yg semakin merapuh
Allah bukalah hatiku
Bimbing dijalan terangMu
Selamatkanlah jiwa yg gelap
Dalam cahaya RahmatMu
Allah Kau Maha Cahaya
Beri Petunjuk Sang Jiwa
Ampuni diri yang lelah
Kadang sesat ku melangkah
Allah.........Ya Robbiii........Robbbiiii.....Allah...
Menghitung diri tanpa sedar airmata
Menjadi saksi banyak waktu sia-sia
Tanpa sedari dalam cermin wajah ini
Bertambah umurku
Dalam hidup yg semakin merapuh
Allahu..Allah..Allahu..Allah....
Allah terangi jiwaku...Allah beri petunjukMu
Allahu..Allah..Allahu..Allah....
Allah bimbinglah hambaMu
Allah ampunilah aku
Jauh melangkah berharap hidup tak sia-sia
Jauh berjalan harapkanku dapat ampunan
Song: Opick
Lyric: Opick
Liriknya senang difahami oleh semua golongan. Bila faham pasti dapat apa yg dipertanggungjawabkan. Marilah sama kita musnahkan cinta dunia ini, kita perhebatkan cinta agung kita kepada Allah SWT. Letakkan cinta agung ini setinggi-tingginya dlm diri kita. Apabila kita membaca, mencari sesuatu nilai, ilmu, memimpin, menjalani hidup yg penuh pancaroba ini, ingatlah Surah Al-Iqraq: "Bacalah, dengan nama TuhanMu", nama TuhanMu itu merupakan Asmaa'Ul Husna (99 nama Allah) @ sifat2 Allah. Apabila pembacaan kita di sulami dgn sifat2 Allah maka kita dpt mengungkap apa yg tersirat di sebalik yg tersurat dgn izin-Nya. Moga bersua lagi, semoga Ya Rahman mencucuri RahmatNya...
No comments:
Post a Comment