BERPESAN-PESAN DGN KEBENARAN


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Reimi Pawana : PARANOID TRIBE

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Mutakabbir.... Terimalah pengabdian ini, Cinta Agung hanyalah untukMu

Tuesday, July 20, 2010

NASI LEMAK BUAH BIDARA, SAYANG UNCLE THOMPSON HAMBA LAYANNN!!!!












Jumaat 160710, aku sorang wakil Pawana Riders dgn Zam Superfriends, Din Pmtg Pauh & Shukor Posto (adik ipar Pian Tok Kun), bertolak dlm jam 8pm dari Cherok Tok Kun, singgah makan kt Bkt Merah R&R, terus shoot ke Tanah Rata Cameron Highland, Pahang. Sampai dlm jam 1.00am 170710, jumpa Mizi KHT, ambik goodies & bila nak check in, bilik kami dah dikebas riders lain... turun balik pi kedai mamak, bagitau Mizi, rezeki kami jumpa Rafid One Stop, Hj Saad & member CrossORTXC sorang lagi, depa bagi kami tumpang tido apartment depa... Ribuan timakacih Rafid, alamatnya tido surau or masjid la kami..he..he.

Jam 3am baru boleh lelapkan mata. Tup tap tup tap jam 7, depa dh bising masing2 kelam kabut duk bersiap, ada yg lari beli nasi lemak, ada yang pekena mee goreng dlll. TQ pada Din Pmtg Pauh yg tolong beli nasi lemak yg aku bawa utk lunch masa climbing Bukit Meluat (sapa yg x meluat kt Bukit Meluat ni, mmg hgpa cool tahap gaban la).
h
Kami sepakat ke-4 org kami utk layan mainroad DH dari Tanah Rata ke Habu (starting point) dlm 8km. Keta aku tinggal dulu, lepas kayuh baru kami pikiaq nak naik atas ambik keta. Layan DH ni mmg laju & pjg, kena focus & berhati2 sebab sgt laju & jln zig zag, hidro break aku pun rasa mcm kurang fungsi time ni.

Sampai ja Habu, flagoff dah berlalu dlm 5 minit, so kami pun terus ikut route ni, DH lagi, mmg layan habis... panjang sampai lenguh juga tangan aku. Dlm trail ni, mmg secukup rasa bagi peminat MTB, semua adala, DH yg pjg, climbing yg pjg, tarmac, offroad becak tayar jadi donut, menembusi kebun tanaman bunga, ladang teh boh, waterfall (sempat terjun), DH batu kerikil yg curam & bahaya, DH simen yg licin, lalu 3 perkampungan orang asli (ori, kita ni tak ori la), climbing yg curam, kayuh yg menyemputkan sebab udara nipis di tanah tinggi & mcm2 lagila. Bila dh habis 3 botol air bekalan, aku dh balun air waterfall suku botol dah, nasib la after 2km, Tok Megat buka gerai sirap cincau di kaki ladang boh. Aku balun la 3 mangkuk, sapa x rasa mmg mangkuk pun. Makaceh Tok Megat, jasamu ku kenang, kenang daku dalam kayuhanmu.... 

Akhir kata, terasa amat meleleh masa daki Bukit Meluat, sampai kat gerai Tok Megat, kena climb ladang teh boh sampai ke puncak, juga menambahkan leleh kudratku, dalam cuaca mendung & gerimis berselang seli, berhenti rehat mmg tak terkirala time ni. Akhirnya 3.45pm, kami sampai kt Boh Cafe di puncak, so bersedia utk DH last utk kembali ke Habu. Layan DH ni membuatkan tgn jadi lenguh semula sbb jarak dia dlm 6-7 km juga la. Jam 4.15 kami sampai ke penamat. Sempat jugalah bermesra dgn riders lain spt Tandope, Adiharriman, Abg Ron, Sumi & Gang, Mizi KHT, Pendi Celcom, Wan PBB, Tok Megat & family, Nizam Kastam & son dan ramai lagila. Kepuasan terpancar bila dh abis layan trail ni, dlm hujan renyai, kami basuh beskal, makan nasi goreng kt warung di situ, mandi, solat & pack beskal & semua alatan. Lebih kurang maghrib kami sampai kt Pasar Malam Berinchang utk beli buah tangan bawa balik kt org rumah....strawberry & sayur dh jadi kemestian la.

Bila drive turun, terasa letih & amat mengantuk...nak buat cammana, semuanya kayuh, depa pun dah terlelap. Pekena tom yam kt simpang 4 Simpang Pulai dulu. Drive pulang, sampai rumah jam 1.30 juga la.